INFO SEMASA

BLOG

Utama  / Blog

Agihan Kiosk dan Rak Sumbangan Halo Prihatin
Oct 13, 2020

Tarikh: 18 September 2020

Idea mewujudkan Kiosk dan Rak Sumbangan Halo Prihatin ini datang daripada inisiatif CEO Halo Telco sendiri iaitu Encik. Mohd Shukri. Halo Prihatin telah mengenal pasti beberapa tempat untuk diletakkan kiosk dan rak sumbangan ini.

 

Tujuan mewujudkan rak sumbangan adalah tidak lain tidak bukan untuk Halo Prihatin membantu rakyat sekitar yang susah untuk mendapatkan keperluan asas makanan dan minuman. Ia adalah seperti Food Bank yang  Rakyat boleh sahaja datang dan ambil apa sahaja yang berada di rak mengikut keperluan mereka sahaja dan selebihnya boleh ditinggalkan kepada yang lain.

Sementara Kiosk serbaguna pula mengandungi informasi berkaitan simkad Halo Telco, pengukur suhu badan, pengukur tekanan darah dan risalah berkaitan Halo Prihatin. Kiosk ini diwujudkan bagi bertujuan untuk menambah nilai atau pendapatan bulanan kepada rumah ibadah seperti surau. Ia tuidak sekadar membantu menambahkan pendapatan surau tetapi para dealer Halo Telco yang lain.

 

Halo Prihatin telah memulakan program kiosk dan rak sumbangangan ini pada bulan Ogos tahun 2020. Rak sumbangan ini telah pun diletakkan di kedai-kedai Halo Telco HQ jalan kuchai lama, Surau Nurul Hidayah Jalan Kuchai Lama,  Halo Telco Tanah Merah, Kelantan, Halo Telco Kuala Nereus, Terengganu dan Halo Telco Alor Star, Kedah. Kiosk serbaguna pula telah di ditempatkan di  Halo Telco HQ jalan kuchai lama, Surau Nurul Hidayah Jalan Kuchai Lama dan Surau An-Naim Taman Ria Jaya Sungai Petani.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *