Tarikh: 26 September 2020
Tempat: Klang, Selangor
Kerana dirimu begitu berharga..!!
Tindakan mulia seorang pemandu lori yang memulangkan semula beg berisi barangan berharga yang ditemui ibarat seorang dalam seribu. Kisah ini diberitakan melalui akhbar Harian Metro

Pemilik beg berkenaan, Mohd Izwan 38, berkata, dia bersyukur kerana barang peribadinya ditemui seorang yang jujur dan berhati mulia seperti M Shanmugham.
Mohd Izwan yang bekerja sebagai perunding syarikat telekomunikasi Halo Telco berkata, dia langsung tidak menyedari beg itu tercicir, sehingga dihubungi Shanmugham.
Atas KEJUJURAN dan kebaikan En Shanmugam, CEO Halo TELCO iaitu En Shukri telah menghadiahkan M Shanmugham TIKET percutian Mewah ke Lexis Hibiscus Port Dickson atau Lexis Suites Penang di atas kejujuran beliau.
0 Comments