INFO SEMASA

BLOG

Utama  / Blog

Halo Prihatin Hadiahkan Uncle Kentang 2 Tiket Percutian Mewah di Lexis Hibiscus, Port Dickson
Oct 28, 2020

Tarikh: 16 Oktober 2020

Masa: 10.00am
Tempat: Halo Telco HQ, Jalan Kuchai Lama, Kuala Lumpur

Siapa yang tidak kenal dengan Uncle Kentang atau nama sebenar beliau Kuan Chee Heng. Beliau antara orang yang popular dalam kerja amal selain daripada Ustaz Ebit Lew. Uncle Kentang sudah terlibat lebih dari 16 tahun dalam kerja-kerja bantuan kemanusiaan terutama untuk rakyat Malaysia.

 

Sudah banyak program yang beliau laksanakan bersama team mereka dalam mencapai misi membantu rakyat Malaysia yang berada dalam kesusahan. Antara idea beliau yang menjadi harapan kepada rakyat Malaysia adalah jualan dan bantuan seperti sewa rumah dengan harga RM seringgit, sewa van jenazah dengan harga RM seringgit dan pelbagai lagi. Beliau membantu tanpa mengira bangsa dan agama.

Atas KEJUJURAN dan kebaikan Uncle Kentang selama ini, CEO Halo TELCO iaitu En Shukri telah menghadiahkan Uncle Kentang 2 TIKET percutian Mewah ke Lexis Hibiscus Port Dickson atau Lexis Suites Penang di atas kejujuran beliau.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *