INFO SEMASA

BLOG

Utama  / Blog

HALO PRIHATIN HANTAR BANTUAN KE KAMPUNG HALO DI SABAH
Nov 4, 2020

RAMAI yang sudah sedia maklum dengan keadaan yang cukup mendesak di Sabah ekoran penularan pandemik Covid-19. Malah, hampir keseluruhan negeri di bawah bayu itu telah diletakkan di bawah zon merah sekaligus menyukarkan penduduk tempatan untuk bergerak apatah lagi mencari rezeki.

Baru-baru ini juga, tular seorang lelaki yang dikenali sebagai Pak Cik Ladja yang nekad menghampiri sebuah bot peronda polis marin untuk menagih bantuan.Dalam rayuan Pak Cik Ladja, dia yang mewakili penduduk kampungnya iaitu Kampung Halo merintih supaya diberikan bantuan daripada segi makanan.

Banyak hati yang meruntun bila melihat rayuan lelaki tua itu kerana keadaan yang mendesak, dia sanggup berbuat demikian. Setelah video tersebut tular, banyak bantuan dihulurkan dan antara yang turut sama turun untuk meringankan beban penduduk Kampung Halo ialah syarikat telekomunikasi Halo Telco.

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *