GET IN TOUCH

HUBUNGI KAMI

Utama  /  Hubungi Kami

SOAL JAWAB HALO PRIHATIN DAN CARA MENJADI VOLUNTEER

Berikut adalah soal jawab berkaitan Halo Prihatin, kepada anda yang ingin mengetahui lebih lanjut berkaitan Halo Prihatin, boleh terus membaca soal jawab ini. Terima kasih.

APA DIA HALO PRIHATIN

Halo Prihatin adalah sebuah pertubuhan amal yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM), bernombor pendaftaran PPM – 010-14-22062020 dengan nama Pertubuhan Amal Halo Prihatin. Halo Prihatin bergerak di bawah Corporate Social Responsibility (CSR) Halo Telco dan telah mula beraktiviti pada April 2020.

VISI HALO PRIHATIN

Visi Halo Prihatin adalah menjadi salah sebuah pertubuhan amal yang berdaya saing, menjadi contoh dan yang mampu membantu dan membangunkan taraf ekonomi masyarakat di Malaysia.

MISI HALO PRIHATIN
  1. Menjadi sebuah pusat bantuan bagi menyokong kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang sentiasa peka dan prihatin terhadap golongan yang memerlukan di waktu berlaku kecemasan
  2. Mewujudkan program-program Halo Prihatin dengan konsep “Rezeki Untuk Di Kongsi” demi mewujudkan masyarakat Malaysia yang berdaya usaha tanpa meminta-minta.
  3. Menjalinkan kerjasama dengan pertubuhan dan persatuan yang ada di Malaysia dengan satu Matlamat iaitu membantu untuk berkongsi rezeki yang ada.
  4. Membuka ruang perniagaan kepada pengguna dan rakan niaga Halo Telco di Malaysia melalui sistem yang telah di sediakan oleh Halo Telco iaitu Halo Go dan website Halo Prihatin.
BAGAIMANA ANDA BOLEH MEMBANTU HALO PRIHATIN

Buat makluman semua, Halo Prihatin tidak menerima apa-apa sumbangan wang tunai dari mana-mana individu atau pun syarikat. Semua dana kewangan Halo Prihatin adalah daripada Halo Telco HQ.
Anda boleh membantu Halo Prihatin dengan 2 cara sahaja iaitu:-

  • Mengguna, Melanggan dan kekal dengan Simkad Halo Telco
  • Mendaftarkan diri sebagai #HaloVolunteer
APA DIA HALO VOLUNTEER

Halo Volunteer merupakan salah satu inisiatif untuk mewujudkan para sukarelawan di setiap negeri dan daerah bagi menjayakan dan menjalankan misi Halo Prihatin. Setiap sukarelawan #HaloVolunteer hendaklah berdaftar dan boleh mendaftarkan diri di https://haloprihatin.com/pendaftaran-halovolunteer/

SIAPA YANG BOLEH MENJADI VOLUNTEER

Semua rakyat Malaysia yang mempunyai Kad Pengenalan boleh menyertai #HaloVolunteer dan mesti berumur 18 tahun ke atas.

PEMBAYARAN SEBAGAI HALO VOLUNTEER

Setiap pendaftaran sebagai sukarelawan #HaloVolunteer dikenakan pembayaran untuk mendapatkan kit seperti di bawah.

  1. Halo Volunteer Seumur Hidup
    • Yuran Keahlian RM100
      Sekiranya anda mendaftarkan diri sebagai keahlian Halo Volunteer Seumur
      Hidup, anda akan mendapat kelebihan seperti:-
      • Email terkini program yang dijalankan Halo Prihatin
      • Sehelai Tshirt Halo Prihatin
      • Sebuah topi Halo Prihatin atau 2 Mask Halo Prihatin Limited Edition
      • Kad keahlian
      • HaloVolunteer
      • Jemputan untuk bersama-sama program Halo Prihatin
  2. Halo Volunteer Tahunan
    • Yuran Keahlian RM50
      Sekiranya anda mendaftarkan diri sebagai keahlian Halo Volunteer Tahunan, anda akan mendapat kelebihan seperti:-
      • Email terkini program dari Halo Prihatin
      • Sehelai Tshirt Halo Prihatin
      • Kad keahlian #HaloVolunteer
      • Jemputan untuk bersama-sama program Halo Prihatin
BAGAIMANA PROGRAM HALO PRIHATIN DI JALANKAN

Semua program Halo Prihatin adalah melalui kelulusan Ketua Halo Prihatin di Halo Telco HQ. Bagi program Halo Prihatin di Lembah Klang, pihak Halo Telco HQ yang akan menjalankan program Halo Prihatin bersama para sukarelawan yang dijemput.
Bagi Program Halo Prihatin di Negeri-negeri mahupun daerah, semua program adalah di rangka dan diluluskan melalui pihak Halo Prihatin HQ terlebih dahulu. Program akan dijalankan melalui Concept Store (CS) atau Mini Store (MS) negeri bersama para sukarelawan di negeri atau daerah masing-masing.

BOLEH KE CS/ MS/DELAER/PENGGUNA/INDIVIDU BUAT PROGRAM DAN GUNA LOGO HALO PRIHATIN

Tidak boleh sama sekali. Ini kerana semua program Halo Prihatin telah di rangka khusus secara tahunan oleh pihak Halo Prihatin HQ. Begitu juga dengan semua jenis product dan marchandise yang menggunakan logo Halo Prihatin adalah dikeluarkan oleh Halo Telco HQ sahaja.

APA YANG INDIVIDU ITU DAPAT SEKIRANYA MENDAFTAR SEBAGAI HALO VOLUNTEER

Seseorang yang berdaftar sebagai #HaloVolunteer adalah seseorang yang secara sukarelawan ingin membantu dan menyokong Halo Prihatin. Tidak ada apa-apa kelebihan sekiranya seseorang individu itu mendaftar sebagai #HaloVolunteer melainkan bertujuan memberi khidmat bakti melalui tenaga kerja ataupun kewangan.

BOLEH MINTA BANTUAN DARIPADA HALO PRIHATIN

Semua jenis bantuan yang ingin di pohon hendaklah mengisi borang (sedang disiapkan) permohonan terlebih dahulu dan di emailkan kepada info@haloprihatin.com. Namun begitu pihak Halo Prihatin akan memberikan keutamaan kepada program yang telah dirancang / dijadualkan dan juga bantuan kepada pengguna simkad halo telco terlebih dahulu.

KEWANGAN DAN PERBELANJAAN HALO PRIHATIN

Halo Prihatin adalah sebuah pertubuhan amal yang diuruskan oleh Halo Telco HQ. Segala perbelanjaan atau pengurusan kewangan untuk menjalankan program kerja amal adalah wajib mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan Halo Telco HQ. Tidak ada individu yang dibenarkan untuk mengumpul atau menyimpan duit Halo Prihatin kecuali pihak Halo Telco HQ sahaja.

HASUTAN DAN FITNAH

Oleh kerana Halo Prihatin menjalankan kerja amal melalui sumber kewangan 0.5% daripada pelanggan simkad Halo Telco, pihak pengurusan Halo Telco sangat menitik beratkan pengurusan kewangan supaya tidak berlaku sebarang penyelewengan. Atas sebab itu semua perbelanjaan program Halo Prihatin wajib mendapat kelulusan pihak Halo Telco HQ terlebih dahulu sebelum meneruskan program.

Di ingatkan juga, sekiranya terdapat khabar angin atau fitnah ke atas Halo Prihatin, Pihak pengurusan Halo Prihatin tidak akan teragak-agak mengambil tindakan yang tegas ke atas individu yang membawa berita atau khabar angin atau fitnah, yang mana, boleh di sabitkan Fitnah Jenayah , Seksyen 499, dimana jika individu tersebut di dapati bersalah, boleh dihukum dibawah seksyen 500 dan juga boleh di saman di Mahkamah Sivil atas Kenyataan yang tidak benar.

Pihak pengurusan Halo Prihatin amat berbesar hati sekiranya anda melaporkan perkara ini kepada pihak pengurusan jika ada sebarang individu atau orang perseorangan yang cuba membawa berita, atau khabar angin atau fitnah yang berupa pernyataan bertulis atau suara atau video untuk pihak pengurusan mengambil tindakan dengan tegas. Anda boleh menghantarkan laporan Fitnah Jenayah beserta bukti ke email kami di halo@haloprihatin.com

HUBUNGI KAMI