KATA-KATA ALUAN

PENGASAS HALO PRIHATIN

Utama  /  Kata-kata Aluan Pengasas Halo Prihatin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Hidup ini bukan sebab hendak kaya, tetapi hidup sebab hendak bahagiakan semua orang. Hidup sebab nak bantu semua orang. Hidup sebab nak sama sama kongsi rezeki. Insyallah hidup kita akan berubah juga.

Saya turun program dan buat untuk semua, bukan untuk diri sendiri. Begitu juga dalam Halo Telco, Saya buat untuk kepentingan semua, bukan untuk kepentingan individu itu seseorg atau untuk saya. Sekiranya saya cuti, cuti saya di gunakan bantu lebih ramai memerlukan.

Saya asaskan Halo Prihatin pada bulan Mac 2020. Terima kasih   Saudara Erry Arham Azmi, Tanpa beliau, Halo Prihatin susah juga untuk digerakan. Beliau ibarat hero yang muncul untuk bantu saya.  Saya Kenal  beliau ketika saya menggunakan servis cucian beliau untuk rumah saya. selepas 4 5 bulan mengenali beliau, Saya melihat beliau juga menjalankan kerja amal dengan nama projekdonate untuk  membersihkan surau. Apa yg saya nampak beliau ini bertindak dan bukan cakap kosong.

Impian saya pada tahun hadapan adalah untuk membeli tanah bagi mewujudkan sebuah surau, rumah anak yatim, faqir dan miskin, menyediakan tempat mengaji percuma untuk mereka, menyediakan ruang perkebunan aquaponik, ruang tempat latihan serta dorm tempat tinggal.

Saya juga bercita-cita menggabungkan rumah tim halo telco hq yang mana tinggal berjauhan ataupun masih bujang. Amin.Semoga semua di makbulkan. Cuma saya mintak doakan saya sentiasa sihat dan supaya dapat terus membantu semua.

Akhir kata, bersedekahlah, semakin banyak memberi, semakin banyak menerima, bertambah rezeki dan mendapat keberkatan.

Amin

Encik Mohd Shukri
Pengasas Halo Prihatin