PROGRAM 

KHAIRAT KEMATIAN

Utama  /  Khairat Kematian

KHAIRAT KEMATIAN

Halo Prihatin ingin mengucapkan salam takziah kepada semua waris pengguna simkad Halo Telco atas kehilangan (kematian) Ahli Keluarga Mereka. Sesungguhnya, kami dari pihak Halo Prihatin amat perihatin dengan apa yang berlaku. Semoga dengan bantuan khairat kematian ini, sedikit sebanyak membantu waris keluarga. Salam Takziah.

Rezeki Untuk Dikongsi

SERAHAN KHAIRAT KEMATIAN

JUN 2020

  1. Wakil Consept Store Halo Telco Rembau menyerahkan khairat kematian RM1200
  2. Wakil Consept Store Halo Telco Klang menyerahkan khairat kematian RM800
  3. Wakil Consept Store Halo Telco Alor Setar menyerahkan khairat kematian RM1200

JULAI 2020

  1. Wakil Consept Store Halo Telco Kluang menyerahkan khairat kematian RM1200
  2. Wakil Consept Store Halo Telco Kuala Nerus menyerahkan khairat kematian RM800
  3. Wakil Consept Store Halo Telco Subang menyerahkan khairat kematian RM800
  4. Wakil Mini Store Halo Telco Sungai Petani menyerahkan khairat kematian RM1200
  5. Wakil Consept Store Halo Telco Melaka menyerahkan khairat kematian RM1200
  6. Wakil Consept Store Halo Telco Alor Setar menyerahkan khairat kematian RM1200
  7. Wakil Consept Store Halo Telco Rembau menyerahkan khairat kematian RM1200
  8. Wakil Consept Store Halo Telco Melaka menyerahkan khairat kematian RM800
  9. Wakil Mini Store Halo Telco Sungai Petani menyerahkan khairat kematian RM1200

OGOS 2020

  1. Wakil Consept Store Halo Telco Skudai menyerahkan khairat kematian RM1200
  2. Wakil Consept Store Halo Telco Skudai menyerahkan khairat kematian RM800
  3. Wakil Mini Store Halo Telco Sungai Petani menyerahkan khairat kematian RM800

SEPTEMBER 2020

  1. Wakil Consept Store Halo Telco Melaka menyerahkan khairat kematian RM1200

OKTOBER 2020

  1. Wakil Consept Store Halo Telco Kota Bharu menyerahkan khairat kematian RM1200
  2. Wakil Mini Store Halo Telco Kota Damansara menyerahkan khairat kematian RM1200
  3. Wakil Consept Store Halo Telco Rembau menyerahkan khairat kematian RM1200
  4. Wakil Consept Store Halo Telco Melaka menyerahkan khairat kematian RM1200

SOALAN LAZIM

Apakah tempoh aktif manfaat khairat kematian?

Tempoh efektif adalah antara 1 April 2020 dan 31 Disember 2020 dan tertakluk kepada Terma & Syarat untuk faedah ini.

Siapakah yang berlayak menjadi pewaris akaun saya?

Untuk penerima manfaat anda, dia mesti seorang ahli keluarga dekat anda. Contohnya, pasangan anda, ibu bapa, saudara kandung atau anak sahaja dan wajib mengisi maklumat perwaris di link ini: https://help.halogo.my/ms-my/article/pewaris-untuk-akaun-halo-go-1sziz79/#6-siapakah-yang-boleh-dihubungi-untuk-membuat-tuntutan-akaun-saya

Apakah syarat bagi pewaris untuk menerima tuntutan tersebut?

Pewaris anda dikehendaki berumur 18 dan ke atas pada masa tuntutan. Pewaris perlu menuntut akaun dalam tempoh 60 hari dari kematian pemegang akaun dan perlu memberikan dokumen sokongan yang berkaitan semasa membuat tuntutan.

Siapakah yang boleh dihubungi untuk membuat tuntutan akaun saya?

Penerima manfaat tersebut perlu menghubungi support@halogo.my dan memberikan dokument sokongan bagi membuat tuntutan akaun anda.

Perlukah saya mengisi kedua-dua butiran pewaris?

Anda boleh melantikan salah satu (1) atau kedua-dua (2) pewaris dengan mengisikan maklumat mereka.

Macam manakah proses tuntutan tersebut sekiranya saya telah melantikan dan mengisi dua (2) nama pewaris?

Tuntutan tersebut akan dibuat berdasarkan kepada pewaris pertama yang menghubungi syarikat kami untuk membuat tuntutan. Pewaris tersebut juga akan mewarisi akaun anda secara automatik. Sekiranya pewaris pertama telah mengambil tuntutan jumlah penuh dalam akaun anda, penerima manfaat kedua tidak akan mendapat sebarang tuntutan.

Bolehkah saya mengemaskini butiran pewaris saya setelah saya telah menghantar maklumat?

Anda tidak dapat mengemaskini maklumat atau butiran penerima manfaat setelah anda menghantar maklumat mereka. Namun, anda boleh emel kami pada support@halogo.my untuk padamkan penerima manfaat tersebut daripada akaun anda.

Apakah dokumen sokongan yang diperlukan dan prosedur untuk menuntut?

Untuk membuat tuntutan, pewaris perlu hadir di mana-mana Kedai Konsep Halo Telco dengan dokumen berikut:

 

  • Borang Tuntutan yang lengkap
  • Sijil Kematian dan Salinan
  • Salinan Kad Pengenalan Simati
  • Kad Pengenalan pewaris dan Salinan
    Salinan Bukti Hubungan (iaitu Salinan Surat Lahir, Sijil Perkahwinan)
  • Salinan bukti maklumat bank akaun pewaris
  • Salinan Laporan Polis (akibat kemalangan)
  • Salinan Lesen Memandu (kemalangan jalanraya – simati pemandu).
  • Laporan Bedah Siasat (jika perlu)