MEMBANTU MELAKSANAKAN

VISI HALO PRIHATIN

Utama  /  Membantu Melaksanakan Visi Halo Prihatin

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Alhamdulillah segala puji bagi Allah yang berkuasa di langit dan di bumi. Saya hanya seorang  manusia biasa sahaja yang menjalankan dan mengusahakan kerja-kerja amal ini. Segalanya atas keizinan Allah dan ke hendaknya, tanpa daya dan Izin nya, tiada lah apa yang nak di bangga kan pada diri saya.

Terima kasih kepada Encik Mohd Shukri, Pengasas Halo Prihatin yang telah memberi mandat dan kepercayaan kepada saya untuk mengurus dan meneraju Halo Prihatin. Saya akan cuba memikul amanah yang diberikan demi menjalankan misi Hali Prihatin.
Menguruskan sebuah badan bukan kerajaan (NGO) adalah sesuatu perkara yang tidak mudah. Banyak hal harus diteliti dan diperkemaskan seperti factor pengurusan dan kewangan. Ia adalah kerja berterusan dan tidak sekadar one off program. Ia adalah sebuah kerja membangun manusia dan kehidupan.

Saya percaya dan yakin dengan adanya syarikat Halo Telco sebagai pendokong kuat kepada Halo Prihatin, kami di Tim Halo Prihatin akan terus berusaha untuk sama-sama membangunkan misi Halo Prihatin bersama para sukarelawan.

Semoga ini semua menjadi asbab kebaikan buat kita semua.

Erry Arham Azmi
Pengurus Halo Prihatin