Projek Kami

Rumah Halo Prihatin

Utama  /  Rumah Halo Prihatin

Rezeki Untuk Dikongsi

SYARIKAT TELEKOMUNIKASI HALO TELCO MENUBUHKAN RUMAH HALO PRIHATIN UNTUK KANAK-KANAK YATIM PIATU DAN ASNAF

Halo Prihatin adalah sebuah pertubuhan amal yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) dengan nama Pertubuhan Amal Halo Prihatin. Halo Prihatin bergerak di bawah Corporate Social Responsibility (CSR) Halo Telco dan telah mula beraktiviti pada April 2020. Visi Halo Prihatin adalah menjadi salah sebuah pertubuhan amal yang berdaya saing, menjadi contoh dan yang mampu membantu dan membangunkan taraf ekonomi masyarakat di Malaysia.

Tujuan Halo Prihatin ini diwujudkan adalah untuk menjadi sebuah pusat bantuan bagi menyokong kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang sentiasa peka dan prihatin terhadap golongan yang memerlukan di waktu berlaku kecemasan. Selain itu, mewujudkan program-program Halo Prihatin dengan konsep “Rezeki Untuk Di Kongsi” demi menjadikan masyarakat Malaysia yang berdaya usaha tanpa meminta-minta. Menjalinkan kerjasama dengan pertubuhan dan persatuan yang ada di Malaysia dan luar negara dengan satu Matlamat iaitu membantu untuk berkongsi rezeki yang ada. Membuka ruang perniagaan kepada pengguna dan rakan niaga Halo Telco di seluruh Malaysia melalui sistem yang telah di sediakan oleh Halo Telco iaitu Halo Go dan website Halo Prihatin.

Program besar dan paling utama untuk tahun 2020 ini adalah dengan menubuhkan Rumah Halo Prihatin di Bandar Tun Hussein Onn, Cheras, Tujuan utama menubuhkan Rumah Halo Prihatin ini adalah untuk menyatakan penghargaan kepada semua pengguna simkad Halo Telco di seluruh Malaysia. Ini kerana, dengan langganan mereka setiap bulan melalui simkad Halo Telco, maka dapatlah Halo Prihatin mewujudkan Halo Prihatin Ini.

Encik Mohd. Shukri, Pengasas Rumah Halo Prihatin

CEO Halo Telco, Encik Mohd Shukri menyatakan bahawa keinginan beliau untuk menubuhkan rumah ini adalah untuk memberi semula kepada masyarakat. Syarikat harus melihat bahawa kerja-kerja amal adalah inisiatif yang baik dalam membantu golongan yang tidak berkemampuan. Beliau juga mahukan duit syarikat tidak sekadar untuk digunakan bagi tujuan melipatkan gandakan keuntungan semata-mata, tetapi harus melihat ke jalan yang boleh membantu lebih ramai orang terutama kepada golongan anak-anak yatim piatu dan asnaf ini.

Inisiatif ini telah difikirkan ketika COVID19 melanda negara, pihak Halo Prihatin telah menjalankan beberapa misi bantuan kepada rumah anak-anak yatim di sekitar lebah klang dengan menghantar keperluas asas seperti susu, pampers, beras, tepung, gula dan sebagainya . Atas keprihatinan untuk melindungi anak-anak ini, maka Halo Telco bersetuju memilih sebuah pusat penjagaan sebagai Rumah Halo Prihatin ini bagi menjaga dari segi keperluan makan minum, tempat tinggal dan memberi pendidikan kepada anak-anak ini.

Penubuhan Rumah Halo Prihatin ini merupakan usahasama dengan Pusat Perlindungan Rumah Jalinan Kasih. Rumah Halo Prihatin ini akan menempatkan 18 orang anak-anak yatim dan asnaf yang berumur di antara 7 hingga 17 tahun. Kos pengurusan anak-anak ini dari segi penyewaan tempat tinggal, yuran tadika, yuran kafa, wang saku sekolah, makan minum, yuran tuisyen, bil api air dan gaji penjaga dan penegangkutan sekolah adalah di tanggung sepenuhnya oleh Pertubuhan Amal Halo Prihatin dengan anggaran nilai RM10,880 sebulan.

Semoga dengan tertubuhnya Rumah Halo Prihatin ini, maka sedikit sebanyak mampu memberi jaminan hidup dan pendidikan anak-anak ini.