LEBIH INFORMASI MENGENAI HALO PRIHATIN
TENTANG KAMI
Utama / Tentang Kami
Rezeki Untuk Dikongsi
HALO PRIHATIN
Halo Prihatin merupakan sebuah pertubuhan amal di bawah Program CSR Halo Telco. Halo Prihatin ditubuhkan pada tahun 2020 dan berpusat di Kuala Lumpur. Visi Halo Prihatin adalah menjadi salah sebuah pertubuhan amal yang mampu membantu dan mebangunkan individu atau sesebuah badan yang mampu menyalurkan bantuan dari segi keperluan asas dan kelengkapan asas dalam kehidupan.

VISI HALO PRIHATIN
Visi Halo Prihatin adalah menjadi salah satu pertubuhan amal yang berdaya saing, menjadi contoh dan yang mampu membantu dan membangunkan taraf ekonomi masyarakat di Malaysia

MISI HALO PRIHATIN

Menjadikan sebuah pusat bantuan bagi menyokong kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang sentiasa peka dan prihatin terhadap golongan yang memerlukan di waktu berlaku kecemasan.

Mewujudkan peogram-program Halo Prihatin dengan konsep “Rezeki Untuk Di Kongsi” demi mewujudkan masyarakat Malaysia yang berdaya usaha tanpa meminta-minta.

Menjalinkan kerjasama dengan penubuhan dan persatuan yang ada di Malaysia dengan satu Matlamat iaitu membantu untuk berkongsi rezeki yang ada.

Membuka ruang perniagaan kepada pengguna dan rakan niaga Halo Telco di Malaysia melalui sistem yang telah di sediakan oleh Halo Telco iaitu Halo Go dan website Halo Prihatin.
PROGRAM
PROJEK
Rezeki Untuk Dikongsi
PROJEK-PROJEK LEPAS
01
PPE medical gown Hospital Selayang
02
Buka puasa Rumah Penjagaan Suci Rohani
03
Bantuan makanan 30 keluarga asnaf PPRPekan Batu
04
Buka puasa Rumah Anak Yatim Asnaf Melawati
05
Bantuan kilat rumah terbakar Johor
06
Bantuan makanan Batu Sapi, Sabah
07
Bantuan keluarga asnaf kerjasama belia 4B Tebrau
08
Susu dan pampers individu dan rumah anak yatim/asnaf
LOGO HALO PRIHATIN
Rezeki Untuk Di Kongsi
Rezeki Untuk Di Kongsi adalah kata kunci yang utama digunakan bagi memberi maksud bahawa apa sahaja rezeki yang kita terima harus dikongsi bersama kepada yang memerlukan. Sementara Logo yang digunakan adalah membawa maksud seperti berikut:-
Bentuk Heksagon
Mempunyai 6 sisi penjuru. Struktur heksagon adalah bentuk geometrik yang amat sesuai untuk memaksimumkan penggunaan setiap unit kawasan sepertimana sarang lebah. Selain itu 6 sisi ini merupakan ciri-ciri keistimewaan tamadun manusia yang memegang prinsip Ketuhanan, Keterbukaan, Syumul, Universal, Fleksibel dan Realistik
Tulisan Halo
Dalam bahasa seni ianya adalah sebuah bulatan yang sering diguna pakai bagi mewakili sebuah ketua yang tinggi, sementara dalam bahasa awam perkataan Halo merujuk kepada permaknaan perkabaran iaitu Hello.



Tulisan Prihatin
Adalah singkatan kepada Perihatin yang mana bertujuan memberi keutamaan atau mengasihi atau menyayangi kepada seseorangan atau benda atau alam.
Warna Merah
Warna merah adalah sebuah perlambangan kepada kekuatan dan rasa yakin.
Warna Putih
Sementara putih mewakili kepada ketulusan dan penerimaan terhadap perkara yang mendatang.